wahai hidup adakalanya perjalanan yang aku harungi terasa semakin ruwet dan rumit
ianya penuh dengan liku-liku dan duri
kadangkala aku tersungkur dan terhenti
dan kmudian aku bangkit kembali
mneruskan apa yang telah menjadi aspirasi
wahai hati janganlah kau terluka
kerna tatkala kau meras kecewa
tubuh terasa lemah dan fikiran sentiasa menerawang
mata bengkak mengalirkan manik-manik tanpa henti
diri tidak habis-habis mengeluarkan persoalan mengapa
sedangkan mulut menyatakan perkataan redha
wahai diri andainya kau bisa melangkah tanpa mnoleh
akan ku sampaikan berita gembira ini pada dunia
lihatlah kini insan kerdil yang tak terpandang dek pandangan mata hatta dengan pandangan sipi ini sudah mampu berdiri sendiri
dengan megah tersenyum dan mengatakan aku masih mendukung visi dan misi ku
walaupun adakalanya tert0lak dan tertambah masih ada sesuatu yang keciciran pada firasatku
tetapi ia tidak akan melemahkan semangatku
wahai insan
kau hadir tatkala hati merasa kesunyian
bagaikan pelengkap dan ku yakin kaulah orangnya
tetapi dikala hati merasa bahagia
lalu ku tersedar hakikat bahawa kau hadir hanya sementara
lalu hati yang terubat berdarah semula
kau pergi tanpa berita
rupa-rupanya aku bukanlah sesiapa
hanya insan untuk kau bercanda mesra
wahai sahabat
ucapan terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan
kerna hati yang terluka telah kau sembuhkan
kerna diri ini kembali tabah seperti dulu
kerna diri ini mampu tersenyum walaupun dikala aku masih terluka
kerna tanpa kamu aku bukan sesiapa
wahai Yang Maha Esa Yang Maha Berkuasa
aku masih lagi hidup dan bernafas di atas bumiMu
kerna ketabahan yang Kau pinjamkan
sesungguhnya aku hanya insan hina yang adakalanya tidak lari dari kesilapan
aku tahu apa yang telah terjadi pastikan ada hikmah yang menanti
pasti ada pelangi setelah hujan
pasti akan muncul mentari di siang hari
pasti kan ada bintang yang menyinari kaki langit di malam hari
pasti burung yang mendiamkan diri kan berkicau kembali
andai itu suratan
kan ku kekal berdiri dan menadah tangan
memohon agar segalanya dipermudahkan
aku bersyukur kerna
kau hadirkan sahabat yang membuatkan aku lebih kuat
kau hadirkan teman dan kmudian dia berlalu
walaupun untuk sementara tetapi aku belajar
kasih sayang bukan pada paras tetapi pada keikhlasan
kadangkala menyintai bukan sekadar memiliki
tetapi juga bekorban untuk melihat kbahagiaan
yang terpancar di sebalik mata insan yang kau kasihi
sekalipun diri terseksa tetapi mungkin itu yang terbaik
andai itu suratan
kan ku kekal berdiri dan mengukir senyuman
menyatakan kesyukuran kerna
menjadikan aku insan yang lebih tabah dan matang
dalam mencapai aspirasi ku serta aspirasi insan disampingku
andai itu suratan
aku dokan yang terbaik untukmu
terima kasih kerna hadir
terima kasih kerna membuatkan diri ini terasa bermakna
andai itu suratan
andai itu suratan
dan...........
andai itu suratan